~I - Heart - U~

Tuesday, December 15, 2009

~~ The Fishes - Karya Ben ~~


Actually..i dun have wut to do rite now..so, i tot dat its time for me to tell about dis novel...i read dis novel many times lolxx...suke sgt ngan jln cerite die...here i present lil' bout dis luvly novel..

"Apa y menarik psl Pisces ni ialah kebanyakkan daripada dioerg y lahir di bawah bintang tu mempunyai sikap yang sama tp at the same time, gile2 punye lain. secara keseluruhan perangai utama dieorg ialah emotional, tak stabil, pessimistic kekadang cuai bile bab cinta. hakikatnya, Pisces juga mempunyai banyak +nye iaitu baik, kekadang tu optimistik dan itulah antara sebab knp dieorg ni cukup unpredictable ((sesiape y nk bercinta dgn dieorg ni sila take note))" cited by Ben (Writer).

AQUARIUS PISCES
Crossover yang sensitif
16 hingga 22 Februari

Kelebihan
Mempunyai visi dlm hdup, berwaspada sentiasa, penuh dgn kasih sayang

Keburukan
Terdedah kpd bahaya, pesimis, gemar menyediri

Sikap utama Aquarius Pisces ialah menggabungkan ketokohan Aquarius yang tidak kenal putus asa, kreatif, mempunyai banyak kebolehan dengan Pisces yang lembut hati, peka dan suka bermain dengan imaginasi. Golongan yang lahir pada minggu ini mempunyai hati yang sangat tabahsehingga mewujudkan kedinginan jitu pada permukaannya. ini sekaligus membuatkan org sekeliling mengabaikan kelebihan yang mereka miliki.
Ketika di usia kanak2, Aquarius Pisces sgt lemah walau dari sudut apa sekalipun. Modus operandi mereka dalam melawan seantero penganiayaan dan kegusaran ialah dengan membina tembok2 di sekeliling. Tindakan ini membuatkan mereka sering disalahertikan dan renggang dengan orang lain.
Pun begitu, mereka juga terkenal dengan sikap periang dan mementingkan kawan baik atau teman rapat lebih dari segala2 nya. Pertalian Aquarius Pisces dengan keluarga juga terikat erat. Meskipun, pernah menjadi mangsa kemarahan ibu bapa ketika kecil namun itu tidak menghalang mereka dari menabur benih cinta di ladang hubungan ini.
Riwayat semasa remaja pula adalah kompleks; jika mereka terlalu bergantung di bawah penjagaan keluarga, akan timbul sebuah masalah yang bakal mengelabui hayat mereka seumur hdup.
Dalam percintaan, keburukan Aquarius Pisces ialah takut akan perasaan cinta yang tidak berbalas. Mereka tidak mahu keseorangan namun tidak mahu juga membuka langkah. Barangkali ini kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak mencuri hati seseorang dan tidak ingin mengubah diri sendiri untuk disesuaikan dengan jiwa yang didamba.




PISCES II
Minggu si antisosial
3 hingga 10 Mac

Kelebihan
Peka, Optimis, tenang

Keburukan
Antisosial, gemar menyembunyi diri, senang berputus asa dengan dunia, mudah risau

Imej utama Pisces II ialah sikap antisosial. Seperti golongan pertengahan usia, mereka mengejar erti kehidupan dengan sendirian. Fikiran mereka terbentuk dalam lamunan tetapi kreatif dalam masa yang sama. Mereka sedar akan kehidupan selepas mati yang pasti. Sikap antisosial mereka turut terbawa2 dalam hal penempatan yang terletak jauh dari kediaman orang lain kerana tidak mahu diganggu sesiapa.
Pisces II juga tidak menyukai org yang keras hati, terburu2 dan mendesak. Tidak suka berkerja dengan orang yang kurang sensitif, mereka sedar akan kepentingan kejayaan namun tidak mahu terlalu berusaha melakukannya sehingga menjatuhkan org lain. Kepekaan mereka jelas kelihatan dari segi minat mereka terhadap muzik dan mudah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kecelakaan. Mereka turut percaya bahawa setiap kejadian buruk yang berlaku membawa kebaikan tersirat.
Kawan baik hanyalah diri sendiri. Dari segi kerjaya pula, mereka sesuai dengan gaya tidak terikat dengan mane2 pihak. Ketagihan atau obsesi terhadap perkara2 tertentu adalah kekurangan mereka meskipun ia sedikit sebanyak membawa keuntungan kepada diri sendiri. Harapan Pisces II kepada orang sekelilingnya hanyalah jangan cuba mengubah dirinya.
Maka utk mencapai kesempurnaan yang diidamkan, mereka sering menyembunyikan diri di alam fantasi. Barangkali kerana kepekaan mereka sendiri, kekasih yang diidamkan selalunya berdiri di garis teratas pilihan; cantik/kacak, bersuara merdu dan mempunyai tubuh yang menarik. Mereka mudah obses terhadap kekasih sehingga mengakibatkan cemburu yang agam. Begitupun, pada satu tahap, sikap antisosial kembali menyelubungi diri sehingga menyebabkan mereka menuntut perpisahan.

Comments:
Sebab aku berbintang Pisces dan aku suke novel nih.....aku adalah Aquarius Pisces dan 'mereka' adalah Pisces II....if sape2 y berkesempatan n jumpe buku ni....xmahal pun..RM7.50 je..bace r...nice....with the watak n drawing yang sgt mantap......sumtimes...it reminds me to sumthing had happened b4......



0 comments: